Wednesday, January 18, 2012

SAYA keliru, HATI bercelaru, OTAK buntu. Ini bukan DIRIKU!!

Assalamualaikum....
    Seperti yg dinyatakan di atas, sekarang ni saya tengah keliru, bercelaru, n buntu sangat2... saya pon x phm kenapa. Saya nk cerita tentang kwn saya, Seri nama dia. Seri nie bdk perempuan biasa je. Pergaulan dia dngan kwn2 di kampus sama seperti gadis remaja yg lain. Tapi Seri ni jenis yg x pernah jatuh cinta dengan mana2 lelaki. Dia suke main2 minat bdk laki tu, bdk laki ni tapi hakikatnye dia x pernah ade penganlaman bercinta mahupun jatuh cinta. Bagi Seri bercinta semasa di bangku sekolah adalah menyeronokkan tapi seorang pelajar tidak sepatutnya menjerat dirinya sendiri ke kancah gejala yg merbahayakan itu. Dengan pengalamannya melihat rakannya sendiri kecundang kerana "CINTA" dia semakin pasti dengan rumusannya itu.
   Walaupun hati Seri pernah tersentuh dengan layanan baik beberapa rakan lelakinya, dia berusaha untuk tidak menhiraukannya dan jika adapun perasaan itu susah untuk di hiraukan dia akan berterus terang dengan budak lelaki itu (dengan cara melawak ;). dengan ini rakannya tidak akan tahu hakikat yg sebenarkan? Perasaan yg tidak tenteram itu akan perlahan-lahan hilang dan kembali seperti sediakala.

    Sekarang Seri sudah pun berusia 19 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA. Seri seperti merasa kekosongan dalam rutin hariannya, "mengapa ya?" soalnya. Setiap kali perbualan rakan-rakannya beralih arah ke percintaan dia akn segera beredar ataupun menyibukkan dirinya. Seri sendiri tidak paham kenapa dia perlu berkelakuan begitu. Sebagai penyelesaian untuk tidak berasa ganjal, Seri akan berpura-pura minat akan budak lelaki yg tertentu, kadang-kadang bdk lelaki yg tidak pernah dikenalinye pun turut menjadi mangsa Seri.
    Tanpa pengetahuan Seri, sudah ada yg meng'usha' dirinya. Bagi Seri itu semua bukan lah masalah besar sehingga lah baru-baru ini. Seri tidak berapa kisah dengan kabar angin yg didengarnya kerana perasaannya pada si dia 'TOTAL 0'. walaupun sudah mengetahui perasaan si dia, Seri masih berkawan dan melayannya setara dengan rakan2 lelaki yg lain.
    Hati perempuan memang sukar diramal. Seri sedaya upaya mahu mengekalkan keadaan seperti biasa namun mampukah dirinya bertahan dengan segala-galanya, darah remajanya, perasaan ingin merasai cinta, godaan dan hasutan syaitan, serta kesungguhan si dia.......
 
    Cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata, tapi keadaan saya ada sedikit persamaan dengan Seri.. harap-harap saya dapat mengharungi masalah ini dengan sebaik mungkin.... kerana dengan menyelesaikan masalah kita memperoleh pahala... Amin. Assalamualaikum :)